Saturday, February 16, 2013

Comments: (0)

Mengalir air mata.....



Pencerahan minda kali ini saya bawakan saranan daripada Sheik Ali Salleh Mohamad Ali Jaber daripada bumi Madinah yang datang ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Kuala Lumpur pada bulan Ramaddan tahun lepas 2012.

Antara lain menyatakan iaitu target bangsa Yahudi lanattullah adalah ingin menjadikan Negara Malaysia dan Indonesia sebagai Negara bukan Islam. Anda bayangkan anda halusi sendiri, apakah masih lagi tergaru-garu atau tidak mahu langsung ambil peduli ? Anda sendiri yang ada jawapannya.

Comments: (0)

Sombongnya manusia .

Perkara ni terjadi semalam (hari jumaat) ketika imam sedang membaca doa. Saya terasa terpanggil untuk menyatakan pandangan ini agar sama-sama kita renungkan demi kebaikan bersama dalam sanubari diri masing-masing. 

"Perlukah kita berasa angkuh dan bongkaknya dengan mengabaikan menadah tangan untuk berdoa ketika imam sedang membacakan doa. Orang tua yang duduk disebelah saya ini mungkin umurnya sekitar 58 tahun. Tapi perangai macam dunia ni dia yang ciptakan. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling jemaah yang lain, dia langsung tidak memperdulikan apa yang sepatutnya dilakukan ketika itu."

Maka dalam hati berkata-kata ya Allah betapa bongkaknya manusia ini langsung dia tidak meminta doa dari mu ya Allah. Sedangkan doa itu adalah senjata kepada orang mukmin untuk meminta atau mengadu masallah kepada Tuhannya. 





Comments: (0)

Renungan bersama ....