Pencerahan minda kali ini saya ingin kongsikan apa yang perlu anda lakukan sebelum menyertai mana-mana syarikat bagi apa jua tujuan terutamanya kewangan dan pelaburan. Proses menjejaki atau menyiasat ini bertujuan agar anda tidak mengalami bukan sahaja kerugian dikemudian hari, malah untuk mengelakkan diri anda daripada menerima tuduhan sama bersubahat daripada makamah nanti.
Senarai nama entiti dan laman sesawang ini telah diberi peringatan kepada pengguna diluar agar berhati-hati kerana Bank Negara telah menyenarainya bagi tujuan rujukan pengguna. Senarai ini dari masa kesemasa dikemaskini oleh Bank Negara.
Untuk keselamatan anda saya sarankan beberapa perkara dibawah ini anda baca keseluruhannya agar segala maklumat dapat anda kenal pasti sebelum terjebak dengan skim-skim penipuan. Peristiwa-peristiwa lampau yang menghantui anda dan saya suatu ketika dahulu kita jadikan sempadan agar tidak terus dimanupulasi oleh mana-mana syarikat dan individu-individu yang sentiasa mengambil peluang dan ruang yang ada.
Ingat mereka ini sentiasa melakukan perubahan demi mencapai matlamat mereka.
Menyesal kemudian hari tidak bermakna lagi

0 comments:
Post a Comment