Saturday, December 1, 2012

Penentu untuk teruskan misi.....


Malam ni pastinya ramai rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk menunggu jam 8.45 malam bagi membolehkan melihat pasukan Negara menentang pasukan Indonesia dalam menentukan kelayakan ke separuh akhir piala suzuki 2012 .

MALAYSIA tiada pilihan selain menang ke atas Indonesia malam ini, andai mahu meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir. 

Selaku juara bertahan, tekanan pasti terarah kepada anak buah Datuk K Rajagobal namun skuad Garuda pimpinan jurulatih Nil Maizar juga merasai bebanan sama.

Malaysia pula tidak boleh seri. Jika seri, dan Singapura juga melakar keputusan sama pada pertemuan lawan Laos di Shah Alam, bermakna negara sudah boleh ucap selamat tinggal pada kejohanan kali ini.


Apa pun saya sarankan kepada rakan-rakan dan para penyokong Malaysia jagalah perangai anda semasa berada di stadium nanti, kalah atau menang kita sambut wira kita dengan penuh semangat kesukanan yang boleh mengiratkan lagi kedua buah Negara.


0 comments:

Post a Comment