Sunday, November 4, 2012

Nick Vujicic sempurna anggota badan.

Ingat lagi tak dengan Nick Vujicic seorang motivator yang cacat anggota badan. Nick dilahirkan tanpa kedua belah tangan dan kedua belah kaki sejak lahir lagi. Apa yang ingin saya kongsikan adalah semangat luar biasa yang dimiliki oleh Nick yang tidak terduga oleh insan sempurna termasuklah saya sendiri.

Kali ini kita berbicara diluar kotak emas tetapi tidak lari daripada konteks asal saya iaitu Trader ( peniaga ). Nick merupakan asalnya yang hidupnya penuh dengan serba kekurangan yang memerlukan perhatian insan lain dalam kehidupannya. Berpunca dari keinginan untuk berdikari apa saja yang dilakukan akan dapat memberi manfaat kepada orang lain merupakan motor dalam kehidupannya.

Sebut apa saja perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Nick, akan dilakukan dengan mudahnya oleh beliau tanpa bantuan orang lain. Nick memberikan banyak inspirasi kepada semua orang yang inginkan kemajuan dalam hidupnya berlandaskan kepada jiwa yang kental.









0 comments:

Post a Comment