Thursday, December 6, 2012

Kehebatan pengkompaunan Emas



Bagaimana ianya boleh diperolehi? Bagaimana sejumlah wang yang kecil boleh bertambah menjadi sejumlah yang besar? Inilah hasil daripada kuasa hebat pengkompaunan. Kita pernah dengar perkataan ini tapi apakah maksudnya.

Baiklah saya akan cuba ringkaskan dengan pemahaman yang mudah untuk anda fahami. Pulangan terkompaun diperolehi apabila kita melabur sebahagian wang atau emas pada satu kadar pulangan. Jangan keluarkan faedah yang dihasilkan setiap tahun, sebaliknya hanya menambah sahaja ( campurkan ) jumlah modal asal dan melaburkan semula ke tahun berikutnya.

Amalkan proses ini berterusan hinggalah kita akan mendapati pulangan pelaburan kita akan bertambah malah semakin tinggi nilainya. Ini lah perkara asal yang dilakukan oleh pelabur-pelabur dunia termasuk Warren Buffet yang cukup senang dengan kaedah ini.

Contoh : 
Seorang pelabur emas fizikal melaburkan sebahagian lebihan kewangan dengan memiliki 50g bar gold dengan kadar semasa RM 8,912.00 dengan mengambil kira pulangan 20% setahun telah melabur selama 5 tahun. Baik kita kira berapa pulangannya yang dapat ;

Tahun 1 - RM 8,912.00 X 20% RM 1,782.40 + RM 8,912.00 = RM 10,694.40 (Keuntungan)

Tahun 2 - RM 10,694.40 X 20% RM 2,138.88 + RM 10,694.40 = RM 12,833.28 (Keuntungan)

Tahun 3 - RM 12,833.28 X 20% RM 2,566.65 + RM 12,833.28 = RM 15,399.93 (Keuntungan)

Tahun 4 - RM 15,399.93 X 20% RM 3,079.98 + RM 15,399.93 = RM 18,479.91 (Keuntungan)

Tahun 5 - RM 18,479.91 X 20% RM 3,695.98 + RM 18,479.91 = RM 22,175.89 (Keuntungan)

Kita dapati dari modal asal hanya sekitar RM 8,912.00 akan memberi keuntungan sebanyak RM 22,175.89 ( melebihi 100% ) melalui proses terkompaun ini jika kita tidak mengambil keuntungan asal sehingga 5 tahun berikutnya. Kaedah ini memerlukan displin yang tinggi jika mahukan kejayaannya.

Melalui kaedah ini juga kita akan dapati pada peringkat permulaan kadar pulangannya tidak memberangsangkan, malah pada peringkat kemuncaknya kaedah ini amat berkesan dalam menambah kota penambahan pelaburan anda.

Sikap diri sendiri merupakan tangga kearah kejayaan anda dalam permainan pelaburan tidak kira sama ada pelaburan di Bursa Saham mahu pun pelaburan emas fizikal. Saya suka menggabungkan dua kaedah bentuk pelaburan ini kerana melaluinya lah seseorang itu boleh mengekalkan serta menambah hartanya menjadi lebih banyak dan bertambah dari tahun ke tahun.


m.sapie investor






0 comments:

Post a Comment