Jika anda mendapat gaji, bonus atau lebihan simpanan pada bulan tersebut.
1. Cara untuk kita mengelakkan dari terus berbelanja secara boros adalah sentiasa mengisi masa lapang anda dengan melakukan kerja yang berfaedah dalam kamus kehidupan anda, bermaksud jika anda kata melakukan kerja rumah itu satu daripada kerja berfaedah maka lakukanlah tanpa jemu. Atau melakukan kerja kebajikan seperti menjadi ahli sukarelawan di pusat-pusat anak-anak yatim, rumah orang tua serta menganggotai pertubahan NGO.
Cara ini dapat menghindarkan diri kita daripada pergi ke pusat-pusat membeli belah dan menghabiskan masa dan wang ringgit tanpa hala tuju. Ramai orang yang ketagih membeli belah di pasar raya mengakui bahawa kelemahan ini antara penyebab mereka gemar menghabiskan masa dan wang ringgit disana.
2. Gunakan konsep GAJI=SIMPAN=BELANJA bukannya seperti lazin yang anda lakukan iaitu GAJI=BELANJA=SIMPAN. Ramai dikalangan kita yang selalunya akan berbelanja dahulu sebelum menyimpan atau pun lebih parah akan menyimpan jika ada lebihan wang gaji.
Disinilah kesilapan yang terus dilakukan sehinggakan apa yang dibelanjakan melebihi keperluan sebenar ( kehendak melebihi keperluan semasa ).
3. Rekod segala perbelanjaan harian supaya diakhir bulan dapat disimpulkan dimana perkara-perkara yang mendatangkan pembaziran dapat dielakkan bagi mencapai matlamat sebenar anda untuk simpanan atau pelaburan.
4. Melengahkan hasrat sebelum membeli, ia dapat menyelamatkan diri anda daripada boros berbelanja. Lakukan dengan banyak berfikir adakah ianya satu keperluan atau kehendak. Adakah akan berlaku pembaziran selepas 3 hari anda membelinya. Berapa hari anda bekerja untuk mendapatkan perkara tersebut sebelum anda memilikinya yang boleh menilai tahap pembazirannya.
5. Menulis keperluan sebelum membuat keputusan untuk berbelanja di pusat membeli belah. Membeli hanya apa yang terkandung dalam list tersebut sahaja untuk mengelak pembaziran. Seterusnya elakkan daripada membawa wang yang lebih ditempat tersebut, ini kerana kuasa membeli akan terus menghantui anda jika anda tahu anda mempunyai lebihan wang yang dibawa bersama.
Perkara-perkara tersebut merupakan pengalaman hitam dalam hidup saya sehinggakan apa yang dirasakan setiap bulan sentiasa tidak mencukupi jika kita lemah dalam pengurusan kewangan peribadi. Apa yang saya kongsikan kepada anda adalah merupakan sebahagian pengalaman saya sendiri.
Sebesar mana pun tahap gaji anda akan tidak cukup jika anda tidak bijak mengurus dan lemah dalam menangkis jualan murah yang sentiasa berlegar di iklan-iklan akhbar.
m.sapie

0 comments:
Post a Comment