Tuesday, December 4, 2012

Setuju dengan Adam Khoo

Strategi yang diamalkan oleh Pelabur Handalan.

Strategi 1.
Mengenal pasti perniagaan yang teguh - Kita perlu sentiasa ingat apabila kita membeli saham, kita sebenarnya bukanlah membeli tiket loteri tetapi membeli pemilikan bersama sesuatu syarikat itu. Sekiranya kita mahukan nilai saham meningkat, kita perlulah mengenal pasti dan melabur dalam perniagaan yang teguh dan stabil. Kita perlu memahami perniagaan yang terdapat disebalik saham itu. Semua pelabur handalan melabur mengikut perspektif perniagaan.

Apakah perniagaan yang teguh dan stabil ? ia adalah perniagaan dimana kita boleh meramal dengan yakin dalam jangka panjang pendapatan tahunan dan nilai sahamnya meningkat. Sekiranya syarikat itu dapat meningkatkan keuntunganya pada masa depan nilainya tentu menjadi lebih tinggi. Apabila nilai syarikat meningkat harga sahamnya juga tentu meningkat.

Strategi 2.
Membeli saham hanya pada harga diskaun - Saham syarikat teguh yang mempunyai pendapatan tinggi kewangan yang stabil dan potensi pertumbuhan yang tinggi selalunya mahal ( sahamnya terlebih nilai ). Tetapi pasaran saham sering turun naik dan tentu ada berita buruk jangka pendek yang melanda sesuatu syarikat itu, contohnya syarikat melaporkan keuntungan yang lebih rendah daripada dijangkakan.

Keadaan-keadaan inilah yang membuatkan pasaran jangka pendek yang tidak rasional menjadi panik hingga orang ramai berlumba-lumba menjual saham mereka dan menyebabkan harganya jatuh lebih rendah daripada nilai intrinsiknya.

Strategi 3.
Tunggu sehingga pasaran mencapai nilai sebenarnya ataupun terlebih nilai - Waktu terbaik bagi menjual saham adalah ketika pasaran saham melambung naik atau pun apabila ada berita baik yang membuatkan pasaran bertindak keterlaluan. Pelabur berebut-rebut membeli saham dengan banyak dan ini membuatkan harga semua saham meningkat lebih daripada nilai intrinsiknya. Apabila saham terlebih nilai inilah masa terbaik bagi menjual dan kita tentu mendapat keuntungan yang banyak.


PENTING !!!

Kita hanya membeli sesuatu saham sekiranya berita buruk yang melanda syarikat itu bersifat sementara dan tidak akan memberi kesan pada pertumbuhan dan keuntungan jangka panjangnya. Sekiranya berita buruk itu boleh menjejaskan keuntungan syarikat untuk selama-lamanya ( contohnya harga bahan mentah meningkat naik atau pun margin keuntungan menurun akibat saingan hebat ) jadi ia bukan pelaburan yang bijak dan nilai sahamnya mungkin tidak dapat pulih seperti sedia kala. 


m.sapie investor.



0 comments:

Post a Comment